Monday, November 24, 2008

ULAM-ULAMAN

Herba luas pengertiannya.. bukan saja akar kayu, tumbuh-tumbuhan dan spesies flora yang dikhaskan sebagai ubatan saja dipanggil herba. Secara tidak langsung spesies ulaman juga adalah herba. Ia merupakan sumber perawatan semulajadi. Ulam adalah pelbagai sayuran yang diambil dari pucuk-pucuk pokok tertentu, seperti ulam raja, pucuk gajus, pucuk putat, pucuk ubi kayu dan lain-lain yang dimakan bersama makanan harian. Petai dan jering juga diistilah sebagai ulam. Sayuran ini dimakan begitu sahaja bersama makanan ruji seperti nasi dan ada ulam dimakan dengan roti. Ada yang perlu dicelur dan ada yang dimakan begitu sahaja sebagai pembuka selera seseorang. Kacang panjang serta bendi pun ada yang buat ulam.. Mereka yang sentiasa mengamalkan ulam-ulaman ini akan sentiasa merinduinya jika tidak dihidangkan bersama makanan.

Ekk.. jangan pelik kalau ada orang hanya makan ulam sahaja…. Makanan harian pulak tu..

Orang tua-tua kata “ulam penyeri wajah”, sejauh mana kebenarannya? Bukan tu saja, malah boleh jadi bahan awet muda lagi.. saya rasa ia ada kebenarannya.. Memang betul, kebanyakan orang yang mengamalkan makan ulam ni, wajah berseri je.. Selalunya mereka yang menitikberatkan kesihatan akan memilih ulam sebagai pemakanan wajib mereka..

Pe pun.. ulam memang enak dimakan bersama hidangan kita.. makanlah ulam untuk kesihatan berpanjangan..

About Me

My photo
Salam mesra untuk semua, semoga kesihatan anda sentiasa berada dalam sejahtera...