Saturday, October 25, 2008

Sejak zaman berzaman manusia mencari penawar dalam menyelesaikan permasalahan penyakit, namun dengan berkat kegigihan dan kajian yang berterusan oleh pakar-pakar tradisional, mereka banyak membantu dalam meringankan akibat penyakit di kalangan masyarakat. Kini penyakit yang kronik dan pelik-pelik telah berlaku, bukan saja di kalangan orang tua atau dewasa sahaja, malah kanak-kanak pun sudah mula diwartakan sebagai pengidap pelbagai jenis penyakit kronik.

Tuntutan dalam mengatasi serta menyelesaikan masalah penyakit kini sangat berat, pihak kementerian Kesihatan juga telah buntu mencari arah penyelesaian terhadap penyakit-penyakit yang sinonimnya dialami manusia seperti Darah tinggi, Diabetis ( Kencing manis), Tekanan darah rendah, Lemah jantung, Masalah buah pinggang, barah, dan lain-lain.

Tumbuhan yang ada di permukaan bumi memiliki keistimewaan dan keutamaan tersendiri. Kesuburan dan kehijauannya merupakan anugerah Tuhan sehingga di dalamnya memiliki keberkatan dan rahmat yang besar. Melalui siraman hujan dan sinaran matahari maka tumbuhan tersebut mempunyai kelebihan yang dapat menyembuhkan berbagai penyakit dan menjadi bahan yang boleh mengatasi masalah yang dihadapi manusia.

Setiap penyakit yang menimpa seseorang pastinya ada ubat yang boleh menyembuhnya. Melalui ketentuan ini, manusia berusaha untuk mencari formula agar dapat merawatnya dengan sempurna. Dengan pertolongan Ilahi, maka manusia sentiasa membuat kajian terhadap berbagai tumbuhan herba yang boleh dijadikan sebagai penawar terhadap pelbagai penyakit.

DI MANA-MANA HERBA

Di sekeliling kita banyak tumbuhan yang melata, ke semua ada gunanya, kadang-kadang kealpaan dan sikap tidak endah saja yang membataskan kita dalam menyelami khasiat terhadap tumbuh-tumbuhan ini. Bila saja kita melangkah, tumbuhan yang kita lihat di sana-sini merupakan sumber perawatan tertentu. Malah ada yang kini ditanam hanya sebagai hiasan dan dijadikan landskap sahaja.

Kita perlu menggali dan menambahkan pengetahuan terhadap tumbuhan kurniaan Ilahi ini sebagai kuasa pemulihan penyakit yang bakal dihidapi, bukan untuk kita sahaja, malah ia boleh diberi kepada mereka di sekeliling kita. Kini sebahagian besar manusia berpenyakit, hidup berharapkan hospital. Sedangkan kita telah tahu, mereka pun sudah tidak terdaya menampung kepelbagaian penyakit. Apa yang kita sedia maklum, kebanyakan ubat-ubatan di pusat kesihatan hanya dapat membantu dari sudut menahan sahaja, dan sukar memberi penyambuhan sewajarnya. Pencegahan adalah lebih baik dari penyembuhan.

Wednesday, October 22, 2008

Herba di Malaysia terbaik di dunia

Bumi Malaysia merupakan bumi yang sangat bertuah. Ini adalah di sebabkan ia mempunyai kedudukan yang strategi dari bentuk mukabuminya serta berada di garisan yang sempurna.. Sebab itulah tumbuh-tumbuhan yang melata di tanah negara hijau ini memiliki sumber garam galian asli melalui fauna yang baik..

Tumbuhan herba di Malaysia merupakan sumber perubatan yang terbaik..
Kajian yang dibuat badan kerajaan pun telah membuktikannya.. ikuti..

KUALA LUMPUR 7 April - Malaysia mempunyai sumber bahan mentah tumbuh-tumbuhan dan herba antara yang terbaik di dunia.
Bagaimanapun, pengguna dan pengamal perubatan tradisional tempatan gagal mengeksploitasikan sumber-sumber yang ada bagi menggiatkan pembangunan industri itu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Abdul Razak Mohd. Ali berkata, akibatnya bahan-bahan yang ada itu menjadi khazanah yang disia-siakan.
Menurutnya, kajian yang dijalankan mendapati terdapat potensi besar pasaran produk barangan kesihatan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba.
"Perangkaan pada 1998 mendapati produk barangan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba dianggarkan bernilai RM1.2 bilion."
"Pasaran untuk produk barangan ini meningkat antara 15 hingga 20 peratus setahun,'' katanya dalam satu pertemuan di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, beliau menambah, usaha mengeksploitasikan sumber berkenaan sedang berjalan, tetapi secara kecil-kecilan dan hanya melibatkan sektor luar bandar sahaja. Ini terbukti apabila, katanya, import Malaysia di dalam produk-produk herba dari luar negara telah menurun berbanding tahun-tahun lalu. Penurunan ini juga katanya, disusuli dengan penambahan eksport barangan herba keluaran Malaysia ke luar negara yang begitu menggalakkan.
Menurutnya, kajian dan penyelidikan yang dijalankan serta usaha penanaman herba secara kecil-kecilan oleh masyarakat luar bandar turut mempengaruhi keadaan ini. Katanya, selain itu, kebelakangan ini meningkatnya tahap kesedaran di kalangan masyarakat dunia tentang kebaikan menggunakan produk kesihatan yang barasaskan bahan semula jadi.

Bagaimanapun, pengeksplotasian tidak terancang sesetengah spesies tumbuh-tumbuhan dan herba mengakibatkan ada sesetengah tanaman kini diambang kepupusan. "FRIM mendapati penawaran tumbuh-tumbuhan yang dikenali ramai sebagai tongkat ali tidak mencukupi untuk menampung permintaan.". "Banyak kawasan di Malaysia yang dahulunya kaya dengan sumber-sumber bahan mentah tongkat ali sudah tiada,'' katanya lagi.
Abdul Razak menambah, kajian yang dibuat oleh FRIM baru-baru ini mendapati, kawasan pendebungaan yang kurang bahan mentah berkenaan adalah dalam nisbah 5:1.
Katanya, sesetengah daripada kawasan pendebungaan di Langkawi yang dahulunya memiliki banyak sumber bahan itu kini telah hampir pupus.
Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada permasalahan ini, ujarnya, ialah kerja-kerja mencari tumbuhan herba berkenaan secara buruan oleh segelintir orang.
Masalah ini, kata Abdul Razak dikeruhkan lagi dengan kekurangan kawasan tanah penanaman bahan mentah tersebut yang kini di tahap kritikal.
Menurut beliau, sekurang-kurangnya 404 hektar tanah subur dan sesuai untuk penanaman bahan mentah herba berkenaan diperlukan bagi menampung permintaan terhadap industri itu.
Justeru, katanya, FRIM sangat menggalakkan mana-mana pihak yang belum atau sudah terlibat supaya memulakan penanaman sendiri tanaman berkenaan.
Galakan oleh FRIM ini, ujarnya, adalah menerusi penawaran anak benih tongkat ali pada kadar yang lebih murah dari harga pasaran.
Kata beliau, penanaman tongkat ali adalah mudah kerana ketahanannya dan kesesuaiannya untuk di tanam bersama tanaman yang lain atau di antara mereka.
"Tongkat ali ini mudah kerana petani boleh juga menanam mereka bersama tanaman lain seperti serai atau di bawah pokok getah,'' katanya.
Dalam keadaan genting seperti sekarang, ujarnya, penanaman tongkat ali perlu dimulakan seberapa segera kerana tempoh matangnya mengambil masa lima tahun.
Selain itu, ujar Abdul Razak, FRIM juga mempunyai beberapa projek tanaman beberapa jenis bahan mentah yang lain termasuk tongkat ali serta akan membuka kilang memproses herba tidak lama lagi.
http://www.bumiku.com
Utusan Malaysia 8 April 2002

Tuesday, October 21, 2008

SERAI WANGI


Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.

Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan yang berasal dari Sri Langka dan digunakan untuk menghasilkan sabun serta bahan cuci yang lain. Sabun ini dihasilkan daripada minyak Citronella yang terhasil melalui satu proses penyulingan ke atas tumbuhan tersebut.

Minyak serai wangi juga digunakan dalam rawatan aroma terapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda. Bagi kebanyakan wanita dulu, selepas melahirkan anak, bidan biasanya memandikan mereka dengan air serai wangi. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.

Mengikut pengkajian yang telah dibuat oleh Institut penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), serai wangi mampu bertindak sebagai pembersih kerana tumbuhan itu mengandungi anti septik, anti ruam dan boleh menghindarkan gigitan serangga seperti nyamuk.

Kini, hasil daripada pengkajian badan ini, mendapati bahawa serai wangi yang tumbuh di Malaysia menghasilkan Citronella yang lebih banyak berbandingkan serai Sri Langka dan serai di tempat lain. Penemuan tersebut telah membuka jalan kepada FRIM untuk menghasilkan krim penghalau nyamuk menggunakan minyak Citronella yang didapati daripada serai wangi tempatan.

Minyak Citronella mempunyai haruman yang lebih segar, mesra alam dan bahan toksid yang rendah berbanding krim penghalau sintetik. Minyak tersebut juga berpotensi bagi menghasilkan produk lain seperti sabun, ubat-ubatan seperti minyak urut dan bahan penghalau nyamuk dalam bentuk lilin.

MENGKUDU

Mengkudu atau digelar sesetengah orang sebagai mengkudu busuk dikenali dengan nama saintifiknya Molinda citrifolia. Pokoknya senang tumbuh, khususnya di lembah yang berair, seperti di tepi-tepi sungai. Mengkudu merupakan spesies tumbuhan yang sering digunakan sebagai salah satu dari bahan ramuan untuk mandian bagi wanita yang bersalin.

Menurut penyelidikan yang telah dibuat MARDI bukan sahaja berupaya mengubat wanita yang bersalin bahkan juga sesuai untuk diamalkan oleh lelaki. Mengkudu sesuai merawat kencing manis, menyuburkan sperma (benih lelaki), darah tinggi, buang angin dan cacing dalam perut.

Khasiat Mengkudu

Kulit pokok : Sebagai pewarna.

Daun : Selain dijadikan ulam, ia berkhasiat sebagai pembersih dalaman bagi penyakit berbisa, sakit otot, tulang dan sendi. Jika dibungkus dalam batu panas atau bertungku, boleh memecah angin dan lendir darah merian bagi ibu berpantang. Juga dianggap berkesan bagi merawat penyakit angin pasang, burut, lemah tenaga batin (lelaki), sakit tulang pinggang dan bengkak sesndi serta gastrik.

Buah : Digunakan sebagai pembersih darah, melancarkan perjalanan darah, penyegar rahim dan menguatkan otot kelakian, membantu masalah kerap kencing, mengubat penyakit keputihan dan keluar air busuk daripada bahagian sulit lelaki dn wanita, mengembalikan kekuatan benih dan kesuburan wanita, mencegah kencing manis mahupun darah tinggi.
Batang : Biarpun khasiatnya tidak diketahui, warnanya yang kuning sering digunakan pengeluar rempah sebagai salah satu ramuan di dalam campuran serbuk kunyit.

Balik Adap (Mussaenda villosa wall)



Balik Adap atau dalam nama saintifiknya Mussaenda villosa wall merupakan tumbuhan melata yang jarang dikenali. Ia tumbuh liar di kawasan tanah pamah dan berpaya namun ia sangat mudah dikenali jika pada waktu ia berbunga. Daun muda berwarna putih , manakala daun yang telah tua akan bertukar menjadi hijau. Sekali pandang, daun muda itu seakan-akan bunga yang sedang mekar..

Daun Balik adap biasanya ia terkenal di kalangan orang kampung dan seringkali ia diambil sebagai ulam. Selain dari ulam, Khasiat Daun Balik adap dapat menyegarkan badan digunakan untuk rebusan mandian.

Bagi mereka yang terkena strok, digalakkan menggunakan daun Balik Adap ini bersama spesies tumbuhan yang lain untuk mandaian mereka.

About Me

My photo
Salam mesra untuk semua, semoga kesihatan anda sentiasa berada dalam sejahtera...